Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Sunday, 17 March 2013

masam manis: BLUBERRY CHEESE TART dan step by step

masam manis: BLUBERRY CHEESE TART dan step by step: Assalamualaikum.... Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu...  Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni ita nak tun...

Sunday, 1 April 2012

mencuba sesuatu yg baharu dlm meneroka bidang masakan amat memerlukan kesabaran...kene guna kreativiti yang ade...belajar..belajar dan terus belajar
hasil dari pembelajaran tu nak...di sini diperturunkan resepi japanese chiffon yg lembut...boleh dicube....

JAPANESE CHIFFON ::

Bahan-bahan

375 gm Tepung Osaka
300 gm Kuning Telur
300 gm Minyak Masak
500 gm Putih telur
3     gm garam
5     gm Krim of Tartar

Cara-cara membuat :

1.  Asingkan Kuning dan putih telur dan timbang
2.  Tepung osaka + kuning telur kacau dan masukkan minyak (boleh letak perasa jika
      suka) dan kacau hingga betul2 rata
3.  Pukul telur sekejap dan masukkan gula dan krim of tartar, pukul hingga kembang 80%
4.  Campurkan putih telur dan adunan tepung - gaul dgn menggunakan senduk plastik perlahan 
     sehingga rata
5.  Gunakan acuan yg boleh dibuka dibawah, griskan dan letak adunan...bakar hingga masak dan
     kekuningan...Lama nye masak bergantung kepada saiz acuan
6.  Setelah masak keluarkan dr oven dan hentakkan acuan kek tadi supaya udara yg terperangkap dapat        dikeluarkan dan terbalikkan kek tadi bila dah betul2 sejuk baru dikeluarkan dan dipotong
KEK OSAKA ::
(untuk sukatan ni jumlah kek ialah 60 biji - ikut ukuran cup klau kecil lg banyak dapat)   


Bahan-bahan


555 gm tepung kek Osaka
90   gm air
500 gm minyak masak (minyak jagung pn boleh)
550 gm kuning telur
675 gm putih telur
300 gm gula pasir
2     gm krim of tartar

Cara-cara membuatnya

1.  Telur diasingkan kuning dan putih kemudian ditimbang
2.  Masukkan tpg osaka dlm mangkuk dan masukkan kuning telor dan kacau rata2 baru
      masukkan air setelah sebati dgn perlahan masukkan pula minyak, kacau hingga rata semua
     bahan2 td hingga betul2 bersatu...ketepikan
3.  Timbang putih telur pula - putih telur dipukul sedikit bagi ade buih masukkan gula
     dn krim of tartar..pukul hingga kembang 60% (maksud 60% itu ialah apabila di angkat
     menggunakan sudu juntaian telur itu akan tajam kebawah bukan bentuk L)
4.  Dengan mengunakan spatula masukkan adunan telur ke dakam adunan tepung sedikit2 cara
     kaup dan balikkan hingga rata semunya
5.  Letak acuan jarak2 kerana kek ini akan mengembang apa dibakar dan masukkan adunan
     3/4 acuan kertas kek (Kertas kek cawan hendaklah yg keras)
6.  Bakar lah hingga kekuningan dgn kepasanasan api 180'c

p/s :  Klau nak letak perasa coklate guna cooking coklat (masak cara double boiling) jgn letak serbok coklate
7.  Apabila kek telah masak keluarkan dr oven  dan hentakkan dulang pembakar di atas meja tujuan
     supaya angin yg terperangkap semasa membakar akan keluar...cup kek supaya tak bg berkedut
     dan jatuh kebawah hendaklah diterbalikkan selepas dibakar




FILLING ::

210 gm Cremyco Kastard (ada terdapat di kedai bakeri)
600 gm Susu Segar (Anchor) - susu bleh diganti dgn air biase lebih tahan lama
810 gm UHT krim

Cremyso kastad + susu segar dikacsau rata (boleh masukkan perasa kopi/coklat dll
Pukul UHT krim smpai 60% kemudian masukkan ke dalam adunan susu td dan kacau
rata, dgn menggunakan nozel dan piping beg paipkan ditengah2 kek tadi sambil menekan sedikit
supaya krim dpt masuk ke dalam kek
  

Tuesday, 17 January 2012

 
TALAM KELADI

Bahan-bahan (A)

200 gm ubi keladi
20 gm tepung ubi
1 1/2 s/t garam
700 ml air
300 ml santan pekat
(B)

200 gm Ubi Keladi - buang kulit dan dipotong dadu - basuh dan
ditimbang

Cara-cara membuat :

1.  Panaskan kukusan
2.  Guna talam berukuran 10" x 10" dibasahkan dgn sedikit air dan dilapiskan
     dengan plastik tahan panas - ketepikan
3.  Bancuh kesemua bahan (A) kacau rata2 dan tapis
4.  Masak di atas api perlahan hingga naik wap dan masukkan ubi keladi tadi
     dan kacau lagi jgn sampai pekat dan angkat
5.  Curahkan ke dalam  loyang td dan kukus dengan api sederhana selama
     25 minit

Bahan-bahan lapisan atas:

100 gm tepung gandum
250 gm gula halus
4 biji telur (gred A)
200 ml santan pekat
400 ml air
pewarna ungu dan perasa keladi

cara-cara:

1.  Satukan semua bahan-bahan kacau rata dan tapiskan, masukkan di dalam periuk   
     masak perlahan hingga sedikit pekat
2.  Curahkan ke lapisan bawah yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu
3.  Kukus selama 30 minit..talam keladi hendak lah disejukkan terlebih bahulu sebelum
      dipotong...
 

Saturday, 7 January 2012


 
KARIPAP PUSING ::
(Berkongsi resepi bersama Siti Salbiah Sallie...)

bahan2nya;
doh bahagian luar;tepung gandum 3 cawan
minyak 3 sdu
air sejuk 1 cawan(tuang sedikit2,cuma nak uli )
1 sdu gula(dilarutkan)

doh bahagian dalam;tepung gandum 1 cawan
margerin 3 sdu(jika kurang lembut,tambah skit)
*jika doh nya terlalu lembut,tambahkan skit tpg)
sbb akak membuat mengikut rasa tangan...

intinya;biasa la...ubi kentang/keledek..nak sedap tambah la daging atau ayam...

caranya;tpg bahagian dalam dan luar dibahgikan sama banyak..masukkan doh margerin tadi ke dalam doh tpg dan minyak.setelah cantik dibulat2kan ,kita gelekkan tepung td dan digulung dan ulang skali lagi cara tadi...selepas tu boleh la kita potong sekeping2 untuk diisi inti...mmg susak nak cakap macamane caranya...cubalah beberapa kali untuk mendapat hasil yang terbaik.

 















(Tkasih berkongsi masakan..laksam yg paling diminati - Atheirah rakan FB)

Laksam

utk laksam ( 2-3 orang )
3 cwn tpg beras
4 cwn air suam

utk kuah
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam

ulam2an
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

sambal cili
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara

1.Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau





 
RESEPI ~ NASI HUJAN PANAS ~

Sumber: Pn. Rahayu Samsu.
(Telah dicuba di dapur rozie shah)

Bahan (A)
1) 4 cawan beras basmati.
2) 4 cawan air.
3) 1/2 cawan susu cair.
4) 3 biji tomato (dicincang)
5) 1 batang serai (diketuk)
6) 2 helai daun pandan.
7) 1 kiub pati ayam.
8) 1 sudu teh garam.
9) Pewarna hijau, merah dan kuning.
10) 1 sudu makan minyak sapi.
11) 2 sudu makan marjerin.

Bahan (B) ~ Bagi Menumis.
1) 3 kuntum bunga cengkih.
2) 3 biji buah pelaga.
3) 2 kuntum bunga lawang.
4) 1 inci kulit kayu manis.
5) 1 inci halia (ditumbuk)
6) 3 biji bawang merah (ditumbuk)
7) 1 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara Membuatnya:-
1) Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
2) Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng sehingga naik bau.
3) Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
4) Masukkan susu cair, kiub pati ayam, tomato dan beras. Kemudian kacau rata.
5) Masaklah seperti nasi biasa.
6) Apabila nasi hampir kering, letakkan satu warna pada satu tempat yang berlainan.
7) Biarkan sehingga nasi masak dan kering. Kemudian gembur2kan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.
8) Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.


Boleh lah dihidang bersama kuah kari ayam/daging..kurma..ayam masak merah.dan bersama acar mentah

Wednesday, 21 December 2011

TALAM UBI KAYU

Bahan-bahan

700 gm ubi kayu (diparut dan ditoskan air nye)
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula kastor
Pewarna kuning

Cara-cara

*  Panaskan kukusan
*  Digaulkan rata semua bahan2 td dan masak di atas api perlahan hingga pekat
*  Tuang didalam talam 10" x 10" X 1" yg dibasahkan dan dialas plastik
    dan kukus selama 25 minit dan angkat dan cakarkan ubi yg telah dimasak dgn
    garfu...

Bahagian kepala :

bahan-bahan

70 gm tepung beras (cap gajah/teratai)
50 gm tepung jagung/ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
700 ml air

cara-cara

*  Bancuh semua bahan-bahan di atas tapis dan masukkan ke dalam periuk
    masak lah sehingga sedikit pekat dan tuang ke ubi tadi dan kukus lah selama
    25 minit dengan api perlahan...




 

TART NENAS

Bahan-bahan

250 gm mentega
40   gm gula icing
40   gm tepung jagung
1 tsp vanilla
300 gm tepung gandum
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Hiasan : kuning telur

Cara-cara penyediaan

1.  Pukul mentega dann gula hingga sebati
2.  Masukkan telur, pewarna kuning, tepung jagung dan tepung gandum
3.  Uli sebati. ambil sedikit adunan dan bungkus dengan inti nenas dan tutup.
4.  Bulatkan..dengan menggunakan gunting kecil dikacipkan menjadi seperti
     bulu landak
5.  Letakkan tart didalam dulang pembakar yg telah digris dan disapukan dengan kuning
     telur  dan bakar di dlm oven dgn api kepanasan 180'c selama 20 mnit...

Inti nenas:

1 biji nenas
1 cawan gula
1/2 ibu jari gula batu
setitik air limau nipis
2 biji bunga cengkih

cara-cara

1.  Kisar nenas dengan blender/diparut
2.  Panaskan kuali dgn kepanasan sederhana selama 1 minit
3.  Masukkan nenas yg dikisar, gula batu dan air limau nipis
\    dan masak hingga kering

Tuesday, 20 December 2011

KARIPAP DAGING

 




BAHAN - BAHAN :
600 gm tepung gandum
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rase
Air sejuk secukup nye


CARA :
Panaskan sedikit minyak...masukkan kedalam tepung dan gaul hingga menjadi spt. serbuk roti...
Garam dan sedikit gula dimasukkan dlm air tadi kacau rata dan
masukkan ke dlm adunan tepung..uli lar hingga betul2 rata.
Leperkan adunan tepung td dan gulung baru lar dipotong mengikut besar mane dikehendaki..ketepikan


BAHAN - BAHAN INTI :
4 biji ubi kentang (dipotong dadu dibasuh dan ditoskan)
100 gm daging dihiris kecil2
lada kering (ikut suka pedas) ) dikisar
1/2" halia )
1 btg serai ) bersama
1 ulas bawang putih )
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu makan rempah daging
garam/gula
Minyak utk menumis

CARA :
Panaskan minyak tumis bawang besar dan masukkan bahan yg dikisar dan rempah biar naik bau masukkan daging dan kentang..gaul rata dan masukkan air secukupnye..rase garam gula biar masak diatas api hingga kentang empuk..sejukkan dan barulah dibuat...


TALAM SERI MUKA



 
KUEH SERI MUKA


Bahagian bawah:
600 gm Beras Pulut (direndam selama 4 jam)
300 ml santan pekat
300 ml air
1 1/2 s/teh garam

cara-cara:

* Pulut yg telah direndam ditoskan
* Campurkan kesema bahan2 pulut - dikukus selama 30 minit
* Angkat dan tekan dgn senduk kayu yg dicelup air atau dibungkus dgn
plastik elak dr melekat
p/s : Sediakan talam berukuran 11" x 11" di basahkan dgn air dan
dialaskan dgn plastik berukuran 14-16"

Bahagian Atas/kepala:

300 gm gula pasir
100 gm tepung kastard (yellow)
400 ml santan pekat
400 ml air ) dimesin dan
Daun pandan ) diambil airnye
6 biji telur (size A)
1/2 s/teh esen vanilla (utk menghilangkan hanyir telur)
1/2 s/teh garam
sedikit pewarna hijau

Cara;cara:

* Campurkan kesemua bahan-bahan dan dikacau hingga rata
* Tapiskan adunan tadi
* Masak kesemua adunan dengan api yg perlahan sehingga agak pekat
tetapi jgn pekat sgt...agak2 cari nak ke pekat
* Curahkan ke atas pulut tadi
* Kukus dengan api perlahan selama 1/2 jam
* Pastikan tutup kukus kering sewaktu memasukkan talam


Sunday, 18 December 2011

SOS LADA HITAM


Bahan-bahan ;
 
300 ml sos perang
4 biji bawang kecil (dicincang halus)
3 sudu makan serbok lada hitam
3 s/makan mentega
1/2 s/makan serbuk lada sulah
Garam secukup rase
 
Daging :
 
daging sirloin/steak
papuka
cili flakes
garam
Black paper
 
Cara-cara...
 
Campurkan semua bahan dan masak dgn api perlahan hingga pekat yg dikehendaki
angkat














Thursday, 8 December 2011

Pasta makaroni goreng (cara mudah)



Bahan - bahan :

   * 200 gram makaroni
   * 200 gram pasta
   * daging hancur (secukupnya)
   * 2 labu  bawang besar 
   * 2 ulas bawang putih 
   * karot (diptong panjang)
   * Prego (cheese dan tomato , selasih  , bawang putih)
   * 2 sudu makan cili kisar
   * garam dan gula 

Cara - cara :

   * bawang putih , bawang merah , cili kisar ditumis sehingga naik bau . Masukkan       daging kisar . masak sehingga kering air daging .
   * masukkan sos prego , kacau sehingga mereneh .
   * sementara sos masak , rebus makaroni dan pasta sehingga lembut . Toskan               airnya .
   * sos yang telah mereneh tadi , masukkan karot dan pasta serta makaroni . kacau         sehingga rata . (jangan terlalu kering . biar berkuah sedikit)
   * siap :D

Serunding daging (rendang siat)





Bahan - bahan :

   * 1 kg daging lembu (direbus dengan sedikit garam hingga empuk dan diketuk dan                                      disiat - siat)
   * 1 mangkuk santan (diambil dari 2 biji kelapa)
   * 4 batang serai
   * cili kering secukup pedas
   * 10 ulas bawah merah
   * 5 ulas bawang putih 
   * garam dan gula 
   * 2 sudu besar rempah biji (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
   * beberapa biji lada kering (digoreng tanpa minyak dan dipotong halus)
 

Cara - cara :

   * daging yang telah disiat diketepikan . 

   * bawang merah , bawang putih , serai diblend hingga hancur .
   * satukan semua bahan2 yang telah dikisar besama daging tadi dan santan .
   * masakkan diatas api yang sederhana . kacau supaya tidak melekat .
   * rasa garam dan gula . biarkan sehingga daging kering . (kacau sesekali supaya        daging tidak hangus)
   * apabila rendang telah kering masukkan rempah tumbuk dan lada kering . Kacau       sehingga rata . Biar sehingga rendang betul2 kering dan berderai . siap
   

Ayam Masak Merah





Bahan - bahan :

   * 1 ekor ayam (dipotong 12)
   * 1/2 susu cair
   * 3 labu bawang besar )
   * 2 biji bawang putih   ) suku dari sukatan ini dihiris dan ketepikan
   * 11/2  inci halia            )
   * Lada kering
   * bunga lawang 
   * kulit kayu manis
   * buah pelaga
   * 1/2 cawan sos cili
   * garam dan gula (secukup rasa)
   * 1 batang serai
 
Cara - cara :

   * Ayam dibersihkan dan ditos . Kemudian dilumur dengan garam dan kunyit .       Digoreng 3/4 masak .
   * Bawang putih , bawang besar , halia dan lada kering diblend hingga hancur .
   * Panaskan kuali , tumis bahan2 yang telah diblend , serai dan rempah tumis         sehingga naik bau .
   * Masukkan cili sos , susu cair . Kacaukan sehingga rata , biarkan ia menjadi         separuh kering . Letakkan garam dan gula secukup rasa .
   * Akhir sekali  , masukkan ayam yang telah digoreng dan  bahan yang telah           dihiris tadi . Masaklha hingga agak pekat . Siap

Kuzy Ayam






Bahan - bahan :

   * 1 ekor ayam 
   * 3 labu  bawang merah
   * 1/2  inchi kunyit hidup
   * 4 ulas bawang putih
   * 1 inchi halia
   * 1/2 cawan susu cair
   * 4 sudu makan sos tomato
   * 3 sudu minyak sapi
   * kismis dan badam potong (goreng berasingan dengan minyak)
   * 1 bungkus rempah kuzy
   * garam dan gula (secukup rasa)

Rempah - ratus :

   * 2 kuntum bunga lawang   
   * 3 biji bunga cengkih        
   * 1 biji pelaga                    
   * 1/2  kulit kayu manis       

Cara - cara :

   * Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat dan lumurkan pada ayam .               Peram 15 minit kemudian goreng sampai separuh masak .
   * Bawang merah dihiris dan digoreng kemudian tumbuk .
   * Tumis kesemua rempah - ratus tersebut . Serta 2 ulas bawang merah , sedikit           halia hingga kuning dan naik bau . 
   * Kemudian masukkan rempah kuzi , kacaukan .
   * Kemudian masukkan air susu  , tomato , bawang goreng . Kacau sebentar baru        masukkan ayam . Biar sehingga mendidih .
   * Setelah mendidih masukkan garam dan gula  .
   * Akhir sekali masukkan kismis dan badam potong . Siap .


Monday, 10 October 2011

Nasi Goreng Cina







:: Ingredients

  * 1 bowl of leftover rice
  *  2 eggs - lightly beaten
  * fish cake - sliced
  * prawns - peel the top part of prawns and remove dirt veins
  * carrots - diced
  * red , green . yellow cappsicums - diced
  * salt to taste
  * cooking oil


:: To be minced

  * 2 garlic cloves
  * 1 teaspoon black paper


:: Garnish
   
   * spring union
   * crispy fried union


:: Method

  1. Heat oil in a wok and sautethe minced ingredients till fragrant
  2. Add in diced carrots and stir for a few minutes
  3. Add in eggs and stir till half cooked then put in prawns and fish cake 
  4. Add in diced capsicums and salt
  5. Add in rice and stir to mix well
  6. Remove from the heat and granish with spring union and crispy fried union

Sunday, 9 October 2011

LAGSAGNA

Bahan-bahan :  (filing)

2 sudu Minyak zaitun
2 batang lobak merah disagat kasar
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 tin Prego (klasik + keju herb)
1 kg daging ayam campur
1 tin cendawan (cap rex)
1 cubit oregano
2 cubit rosmary
1 cubit pasli
Mozella (secukup nye)
Lada hitam

Cara-cara:

Panaskan minyak zaitun goreng bawang besar hingga wangi campurkan lobak
merah dan daging hancur dan prego.  Masukkan cendawan, oregano, rosemary,
mozarella dan black paper kacau lagi.


Quice :  Bawang besar, bawang putih, halia dicincang.  Ditumis dgn minyak
              zaitun hingga naik bau masukkan lobak parut + sosej (5 btg),
              cendawan hiris, mushroom sup, kiub ayam, kacang peas (fresh)
              cheese mozarella (byk lagi sedap). ambil 4 biji telur + 150ml
              susu segar + black papper.  Kacau + dlm cheese pastri..bakar
              selama 1 jam - 180'c

Pastri Quice :  300 gm tepung gandum
                        150 gm butter
                         air sejuk (ice)
                     
                         Gaul rata dan simpan dlm peti sejuk


White sos :  2 s/b butter
                    2 s/b tepung
                    fresh milk
                    Kacau tepung + butter (satukan) akhir masukkan susu kacau
                    atas api perlahan hingga likat + cheese 2 gengam

         ___________________   cheese
         ---------------------------   white sos
         ---------------------------   filing
         ---------------------------   lagsagna   (cara susun atur lagsagna)
         ---------------------------   cheese         buat hingga habis
         ---------------------------   white sos
         ---------------------------   filing
         ---------------------------   Lagsagna

CHEESE CAKE

Bahan-bahan :

500 gm cream cheese (Anchor)
150 ml susu segar (fresh milk - Dutch Lady)
100 gm butter
2 biji telur
2 kuning telur
200 gm gula kaster
160 gm tepung (soft flour)

Cara membuat :

Cream cheese dan mentega di pukul hingga pekat (creamy)..masukkan gula
kastor pukul lagi hingga ringan dan gebu.
Kemudian masukkan telur kuning satu persatu hingga habis semuanye, pukul lagi
hingga lembut.
Masukkan susu sedikit2 kacau perlahan, akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata.


 Meringue :  2 biji telur putih          )  pukul hingga kembang dan
                    4 sudu gula kastor      )  gebu + vanilla
                    1/2 tsp vanilla

Setelah adunan kek rata masukkan meringue kacau rata.  Acuan digriskan
atau dilapis dgn wax paper (kertas kek)
Panaskan oven - 175'c bakar selama 45 mnit
Semasa membakar pan oven dibubuh air supaya  tidak hangus..letakkan
talam kek di dalam air tadi dan bakar.





                 

Saturday, 8 October 2011

PUDING ROTI

Bahan-bahan :

10 keping Roti (disapu mentega)
300 ml susu cair
300 ml susu segar
2 biji Telur
1 c/t esen vanilla
150 gm gula kastor
Mix Fruit (untuk tabur)

Cara-cara membuatnye:

1.  Susu cair, susu segar, telur dan esen dipukul (agak sebati)
2.  Roti dipotong empat atau kecil2
3.  Lenserkan loyang dedngan sedikit mentega..taburkan sedikit  mix fruit
     dan letakkan selapis berselang seli dgn gula dan mix fruit hingga
     habis
4.  Curah adunan susu yg dipukul tadi dan remdam selama 1 jam
5.  Cubitkan sedikit mentega dan selerakkan di atas roti tadi dan bakar
     selama 40 minit dengan suhu sederhana

Terima Kasih kepada Nor Jannah yg sudi berkongsi resepi ni...mmg sedappp..