Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Sunday, 1 April 2012

KEK OSAKA ::
(untuk sukatan ni jumlah kek ialah 60 biji - ikut ukuran cup klau kecil lg banyak dapat)   


Bahan-bahan


555 gm tepung kek Osaka
90   gm air
500 gm minyak masak (minyak jagung pn boleh)
550 gm kuning telur
675 gm putih telur
300 gm gula pasir
2     gm krim of tartar

Cara-cara membuatnya

1.  Telur diasingkan kuning dan putih kemudian ditimbang
2.  Masukkan tpg osaka dlm mangkuk dan masukkan kuning telor dan kacau rata2 baru
      masukkan air setelah sebati dgn perlahan masukkan pula minyak, kacau hingga rata semua
     bahan2 td hingga betul2 bersatu...ketepikan
3.  Timbang putih telur pula - putih telur dipukul sedikit bagi ade buih masukkan gula
     dn krim of tartar..pukul hingga kembang 60% (maksud 60% itu ialah apabila di angkat
     menggunakan sudu juntaian telur itu akan tajam kebawah bukan bentuk L)
4.  Dengan mengunakan spatula masukkan adunan telur ke dakam adunan tepung sedikit2 cara
     kaup dan balikkan hingga rata semunya
5.  Letak acuan jarak2 kerana kek ini akan mengembang apa dibakar dan masukkan adunan
     3/4 acuan kertas kek (Kertas kek cawan hendaklah yg keras)
6.  Bakar lah hingga kekuningan dgn kepasanasan api 180'c

p/s :  Klau nak letak perasa coklate guna cooking coklat (masak cara double boiling) jgn letak serbok coklate
7.  Apabila kek telah masak keluarkan dr oven  dan hentakkan dulang pembakar di atas meja tujuan
     supaya angin yg terperangkap semasa membakar akan keluar...cup kek supaya tak bg berkedut
     dan jatuh kebawah hendaklah diterbalikkan selepas dibakar




FILLING ::

210 gm Cremyco Kastard (ada terdapat di kedai bakeri)
600 gm Susu Segar (Anchor) - susu bleh diganti dgn air biase lebih tahan lama
810 gm UHT krim

Cremyso kastad + susu segar dikacsau rata (boleh masukkan perasa kopi/coklat dll
Pukul UHT krim smpai 60% kemudian masukkan ke dalam adunan susu td dan kacau
rata, dgn menggunakan nozel dan piping beg paipkan ditengah2 kek tadi sambil menekan sedikit
supaya krim dpt masuk ke dalam kek
  

Tuesday, 17 January 2012

 
TALAM KELADI

Bahan-bahan (A)

200 gm ubi keladi
20 gm tepung ubi
1 1/2 s/t garam
700 ml air
300 ml santan pekat
(B)

200 gm Ubi Keladi - buang kulit dan dipotong dadu - basuh dan
ditimbang

Cara-cara membuat :

1.  Panaskan kukusan
2.  Guna talam berukuran 10" x 10" dibasahkan dgn sedikit air dan dilapiskan
     dengan plastik tahan panas - ketepikan
3.  Bancuh kesemua bahan (A) kacau rata2 dan tapis
4.  Masak di atas api perlahan hingga naik wap dan masukkan ubi keladi tadi
     dan kacau lagi jgn sampai pekat dan angkat
5.  Curahkan ke dalam  loyang td dan kukus dengan api sederhana selama
     25 minit

Bahan-bahan lapisan atas:

100 gm tepung gandum
250 gm gula halus
4 biji telur (gred A)
200 ml santan pekat
400 ml air
pewarna ungu dan perasa keladi

cara-cara:

1.  Satukan semua bahan-bahan kacau rata dan tapiskan, masukkan di dalam periuk   
     masak perlahan hingga sedikit pekat
2.  Curahkan ke lapisan bawah yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu
3.  Kukus selama 30 minit..talam keladi hendak lah disejukkan terlebih bahulu sebelum
      dipotong...