Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Thursday, 8 December 2011

Serunding daging (rendang siat)





Bahan - bahan :

   * 1 kg daging lembu (direbus dengan sedikit garam hingga empuk dan diketuk dan                                      disiat - siat)
   * 1 mangkuk santan (diambil dari 2 biji kelapa)
   * 4 batang serai
   * cili kering secukup pedas
   * 10 ulas bawah merah
   * 5 ulas bawang putih 
   * garam dan gula 
   * 2 sudu besar rempah biji (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
   * beberapa biji lada kering (digoreng tanpa minyak dan dipotong halus)
 

Cara - cara :

   * daging yang telah disiat diketepikan . 

   * bawang merah , bawang putih , serai diblend hingga hancur .
   * satukan semua bahan2 yang telah dikisar besama daging tadi dan santan .
   * masakkan diatas api yang sederhana . kacau supaya tidak melekat .
   * rasa garam dan gula . biarkan sehingga daging kering . (kacau sesekali supaya        daging tidak hangus)
   * apabila rendang telah kering masukkan rempah tumbuk dan lada kering . Kacau       sehingga rata . Biar sehingga rendang betul2 kering dan berderai . siap
   

No comments:

Post a Comment