Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Tuesday, 17 January 2012

 
TALAM KELADI

Bahan-bahan (A)

200 gm ubi keladi
20 gm tepung ubi
1 1/2 s/t garam
700 ml air
300 ml santan pekat
(B)

200 gm Ubi Keladi - buang kulit dan dipotong dadu - basuh dan
ditimbang

Cara-cara membuat :

1.  Panaskan kukusan
2.  Guna talam berukuran 10" x 10" dibasahkan dgn sedikit air dan dilapiskan
     dengan plastik tahan panas - ketepikan
3.  Bancuh kesemua bahan (A) kacau rata2 dan tapis
4.  Masak di atas api perlahan hingga naik wap dan masukkan ubi keladi tadi
     dan kacau lagi jgn sampai pekat dan angkat
5.  Curahkan ke dalam  loyang td dan kukus dengan api sederhana selama
     25 minit

Bahan-bahan lapisan atas:

100 gm tepung gandum
250 gm gula halus
4 biji telur (gred A)
200 ml santan pekat
400 ml air
pewarna ungu dan perasa keladi

cara-cara:

1.  Satukan semua bahan-bahan kacau rata dan tapiskan, masukkan di dalam periuk   
     masak perlahan hingga sedikit pekat
2.  Curahkan ke lapisan bawah yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu
3.  Kukus selama 30 minit..talam keladi hendak lah disejukkan terlebih bahulu sebelum
      dipotong...
 

No comments:

Post a Comment