KEK OSAKA ::
(untuk sukatan ni jumlah kek ialah 60 biji - ikut ukuran cup klau kecil lg banyak dapat)
Bahan-bahan
555 gm tepung kek Osaka
90 gm air
500 gm minyak masak (minyak jagung pn boleh)
550 gm kuning telur
675 gm putih telur
300 gm gula pasir
2 gm krim of tartar
Cara-cara membuatnya
1. Telur diasingkan kuning dan putih kemudian ditimbang
2. Masukkan tpg osaka dlm mangkuk dan masukkan kuning telor dan kacau rata2 baru
masukkan air setelah sebati dgn perlahan masukkan pula minyak, kacau hingga rata semua
bahan2 td hingga betul2 bersatu...ketepikan
3. Timbang putih telur pula - putih telur dipukul sedikit bagi ade buih masukkan gula
dn krim of tartar..pukul hingga kembang 60% (maksud 60% itu ialah apabila di angkat
menggunakan sudu juntaian telur itu akan tajam kebawah bukan bentuk L)
4. Dengan mengunakan spatula masukkan adunan telur ke dakam adunan tepung sedikit2 cara
kaup dan balikkan hingga rata semunya
5. Letak acuan jarak2 kerana kek ini akan mengembang apa dibakar dan masukkan adunan
3/4 acuan kertas kek (Kertas kek cawan hendaklah yg keras)
6. Bakar lah hingga kekuningan dgn kepasanasan api 180'c
p/s : Klau nak letak perasa coklate guna cooking coklat (masak cara double boiling) jgn letak serbok coklate
7. Apabila kek telah masak keluarkan dr oven dan hentakkan dulang pembakar di atas meja tujuan
supaya angin yg terperangkap semasa membakar akan keluar...cup kek supaya tak bg berkedut
dan jatuh kebawah hendaklah diterbalikkan selepas dibakar
FILLING ::
210 gm Cremyco Kastard (ada terdapat di kedai bakeri)
600 gm Susu Segar (Anchor) - susu bleh diganti dgn air biase lebih tahan lama
810 gm UHT krim
Cremyso kastad + susu segar dikacsau rata (boleh masukkan perasa kopi/coklat dll
Pukul UHT krim smpai 60% kemudian masukkan ke dalam adunan susu td dan kacau
rata, dgn menggunakan nozel dan piping beg paipkan ditengah2 kek tadi sambil menekan sedikit
supaya krim dpt masuk ke dalam kek
No comments:
Post a Comment