Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Thursday, 16 June 2011

KEK GULA HANGUS

Kek ini mak mertua suka bangat...disebabkan terlalu suka saya pun apa lagi kecek lar resepi ni kt mak sedara yg mmg mahir dengan kek ni, supaya tak lupe resepinye saya perturunkan dan boleh dikongsi bersama

Bahan-bahan:

8 biji telur gred A
2 1/2 cawan tepung gandum   ) diayak
1 s/besar soda bikabonat       ) bersama
2 gelas gula           )  gula dihanguskan hingga kehitaman
2 gelas air             )  + air
1 tin besar susu pekat
250 gm butter
1 s/t esen vanila

Cara-cara membuat:

1.  Susu dan margerin di pukul hingga kembang
2.  Masukkan telur dan kacau rata
3.  Masukkan tepung gandum dan soda bikabonat
4.  Akhir sekali masukkan air gula hangus tadi dan esen vanilla, kacau
     hingga sebati
5.  Didalam acuan ukuran 11" x 11" lenserkan dengan margerin dan tepung akhir
     sekali masukkan adunan tadi dan bakar selama 1 jam ++ atau hingga masak
     anggran 180c

No comments:

Post a Comment