Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Thursday, 16 June 2011

Puding Triffle

Resepi kek ini diberi oleh member baik ...dia yg memang pandai memasak, klau ade jamuan pasti ade saje juadah yg best2 dia buat..kami jiran2 ape lagi belasah lar...hai Arpah Ariffin....




Bahan-bahan:
 
(A)
1 paket kek gulung
1 kotak susu UHT (1 liter)
(atau 1liter air + 3 sudu besar susu penuh krim dan bancuh)
1 tin tinggi susu pekat
200 gm tepung kastad
2 tin air

(B)
1 tin Fruit cocktail

untuk lapisan atas:
2 kotak serbuk agar2 (nona pelbagai rasa - ikut suka)
800 ml air

cara-cara membuat:

1. Potong kek gulung dan susun di dalam bekas kaca empatsegi
2. Campurkan kesemua bahan A, dikacau di atas api sederhana sehingga
    pekat (nak tau adunan ni dah masak ia akan mengelembung), padamkan api
    dan tuang ke dalam bekas yg diisi kek gulung yang dipotong tadi.
3. Sementara menanti lapisan kastard sejuk...masak agar2 hingga mendidih                   ketepikan dulu.
4. Buah cocktail tadi ditoskan airnya dan taburkan diatas lapisan kastad ratakan
    dan baru lah dituang agar2, biar sejuk sedikit sebelum di masukkan  di dalam
    peti sejuk

No comments:

Post a Comment