Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Tuesday, 21 June 2011

KEK COKLAT (BLACK FORREST)

Bahan-bahan:

6 biji Telur
250 gm butter
2 cwan gula kastor
1 3/4 cawan serbuk koko  )    di campurkan
1 cawan air                       )    dan dilarutkan
2 cawan tepung naik sendiri
Kismis

Cara-cara membuatnya:

1.   Butter dan gula dipukul hingga kembang dan keputihan
2.   Telur di asingkan putih dan kuning, putih telur di pukul hingga gebu
3.   Sementara itu ayak tepung dan digaul bersama kismis...ketepikan
4.   Sementara yang lain kembang, masukkan kuning telur ke dalam adunan
      butter gaul rata, masukkan pula putih telur yg telah kembang dan kacau rata
5.   Masukkan pula tepung yg dicampurkan kismis tadi
6.   Akhir sekali masukkan cairan koko dan digaul lagi sehingga larutan koko
      sebati dengan adunan tepung
7.   Griskan acuan tin masukkan adunan dan bakarlah dalam oven dengan kepanasan
      190c/375f selama 1 jam atau hingga masak

No comments:

Post a Comment