Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
2 1/4 gelas tepung gandum
2 gelas gula pasir
1 gelas santan pekat
1 c/t ovelatte (quick 75)
Beberapa helai daun pandan(dikisar dgn santan)
Pewarna hijau
Kelapanya :
1/2 biji kelapa muda yang telah dibuang kulit ari dan diparut
1 s/b tepung sagu/jagung
sedikit garam
Campurkan semua dan gaul rata
Cara membuatnye:
1. Telur dipukul hingga kembang dan ringan serta keputihan, setelah itu campurkan
gula dipukul lagi hingga adunan kental baru masukkan ovelatte masih dipukul
lagi anggaran 15 minit.
2. Selepas itu baru masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis
3. Panaskan kukusan, sementara mendidih masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan
dan ditekan sedikit dan dikukus selama 3 minit.
4. Akhir sekali masukkan adunan kedalam acuan yg berisi kelapa dlm 3/4 paras acuan
kukuslah selama 10 - 15 minit
No comments:
Post a Comment