Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Tuesday, 21 June 2011

PAPRIK TOM YAM

Bahan-bahan:

10 biji lada kering (dikisar)
200 gm daging lembu
1/4 ekor ayam (dipotong kecil2)
200 gm udang basah
Kacang panjang
Lobak merah
Jagung Muda
1 in. halia
10 biji cili api
Daun limau purut
4 biji bawang besar     )  di hiris bulat
4 biji bawang putih      ) diketuk2
2 s/b sos tiram
2 s/b sos cili
2 s/b sos sotong
2 kiub perasa tom yam
Garam/gula
Minyak masak

Cara-cara membuat:

1.  Cili kering dikisar halus.  Panaskan minyak masak dan tumis cili kering 
2.  Masukkan daging bubuh air supaya daging lembut, setelah lembut masukkan pula 
     ayam dan udang kacau rata
3.  Bubuh perasa tom yam, sos cili, sos tiram, sos sotong garam dan gula
4.  Setelah semuanya di kacau rata, masukkan pula lobak merah, bawang besar, bwg putih
     jagung muda, limau purut, cili api yg telah diketuk2 dan halia biar lembut
5.  Jangan kering sangat dan angkat, sedap di makan bersama nasi putih dan ulam2an


No comments:

Post a Comment