Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Tuesday, 21 June 2011

SOLOK LADA

Resepi ini diberi oleh kak Yah Kelantan semasa duduk di Langkawi ...terima kasih

Bahan-bahan :

7 biji lada hijau (lada khas utk buat solok)
1/2 biji kelapa muda diparut
1/2 biji kelapa tua utk santan
3 ekor ikan kembung (diambil isi saje)
8 ulas bawang merah
1/2 " halia
Gula dan garam secukup rasa
Asam keping

Cara membuatnya:

1.   Lada dibersihkan dan dibelah dua jangan sampai putus dan dibuang biji, rendam
      sebentar
2.   Bawang, halia dan isi ikan ditumbuk.  Kelapa muda tadi digoreng tanpa minyak
      di dalam kuali hingga naik wangi
3.   Selepas itu ditumbuk bersama bawang tadi hingga lumat. Masukkan rencah
      tadi didalam mangkuk dan masukkan garam dan gula mengikut rasa
4.    Kemudian isikan ramuan tadi ke dalam lada yg telah dibelah, dan direndam
      di dalam santan pekat bersama asam keping, masak di atas api sederhana hingga
      santan agak kering dan angkat utk dihidang.

No comments:

Post a Comment