Assalamualaikum . Selamat Datang ke Blog Mutiara Masakan . TERATAK D'PINGGIRAN . Terima kasih kerana sudi melawat blog masakan ini .

Saturday, 18 June 2011

ROTI KENTANG



Berbagai bentuk bolih di buat dari satu adunan roti ni contoh boleh di buat donat, roti sardin, roti kelapa, ayam/daging, twist, tochang, butterfly, sosej dan byk lagi

Bahan-bahan:

(A)
1000 gm tepung high proten
150 gm gula pasir
1 s/b garam
1 1/4 s/b yis kering
1 s/b (15 gm)voltex (bread improver)
2 s/b susu penuh krim

(B)

200 gm air ais                       )
2 biji telur                             )semua bahan ini di campur
1/4 tin susu manis (pekat)     )jadikan 200 gm (timbang)
1 s/b garam                           )

(C)

80 gm butter
80 gm shortening

(D)

450 gm kentang rebus (dilecek)

(E)
Topping:  Kentang dicampur
                 1 s/b susu cair
                 1 s/b margerin/butter
(untuk topping adunan biar lembut)

Cara-cara membuat:

1.  Gaul rata bahan (A) masukkan (C) selepas itu masukkan pula (B) + (D)
      gaul/uli sampai doh menjadi licin
2.  Jikalau adunan tepung keras tambhkan sedikit air/shortening...jikalau
     doh lembik tambahkan tepung
3.  Timbang doh 1ball anggaran 50 gm, tunggu doh yg dibentukkan naik dua
     kali ganda baru lah dibakar hingga kekuningan

Inti sardin:

4 biji bawang besar dipotong dadu
Minyak 2 sudu kecil
2 tin besar sardin di lenyek
2 s/b cili boh
1 in halia
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 batang serai

Tumis bawang kecil, bawang putih, serai dan halia yang telah ditumbuk hingga
wangi.  Masukkan cili boh, bawang besar biar kering sedikit dan terus masuk sardin yg telah dilecek...masak lah hingga kering

Inti kentang:

2 kg kentang (dipotong dadu)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 s/b cili boh
1 in halia
4 ulas  bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 batang serai
4 s/b serbuk kari
1 ketul kiub ayam
gula/garam

tumis bahan-bahan tumbuk + serbuk kari biar naik bau dan akhir sekali masukkan kentang dadu, masukkan air paras kentang dan  masak di atas api perlahan
hingga kering dan kentang empuk

No comments:

Post a Comment